Rumah mampu milik dan lot Bumiputera ada syarat jualan sendiri. VP Rumah membantu pemilik di Johor memahami syarat, mencari pembeli yang layak dan menyelesaikan kelulusan.
Rumah kos rendah, Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan hartanah di atas lot Bumiputera biasanya tertakluk kepada sekatan tambahan. Antaranya tempoh larangan jual selepas pembelian, had harga jualan semula, syarat kelayakan pembeli dan keperluan mendapatkan kebenaran pihak berkuasa negeri.
Ramai penjual hanya mengetahui syarat ini selepas pembeli ditemui, dan transaksi tergendala ketika menunggu kelulusan atau kerana pembeli tidak layak. Dengan semakan awal, anda tahu siapa pembeli yang sesuai, berapa harga yang realistik dan berapa lama prosesnya.
Kami bekerja dengan jaringan pembeli yang layak untuk setiap kategori.
Teres, flat dan apartmen kos rendah dengan syarat jualan semula yang tertentu.
Rumah Mampu Milik Johor yang tertakluk kepada syarat dan kelulusan negeri.
Hartanah yang perlu dijual kepada pembeli Bumiputera atau memerlukan kebenaran pelepasan.
Semakan syarat dan penilaian, tanpa caj.
Ceritakan situasi rumah anda melalui borang atau WhatsApp. Semua maklumat dirahsiakan.
Pasukan VP Rumah menilai rumah dan dokumen anda, tanpa caj dan tanpa komitmen.
Anda terima tawaran dalam 24 jam. Bagi kes yang layak, urusan boleh selesai dalam 7 hari bekerja.
Boleh, tetapi kebanyakan rumah mampu milik ada syarat tambahan seperti tempoh larangan jual (moratorium), had harga atau kelayakan pembeli. Kami semak syarat yang terpakai pada rumah anda sebelum anda memasarkannya.
Lot Bumiputera lazimnya perlu dijual kepada pembeli Bumiputera. Jualan kepada bukan Bumiputera memerlukan kebenaran pihak berkuasa negeri dan mungkin dikenakan caj. Kami bantu anda faham pilihan yang ada.
Kumpulan pembeli yang layak lebih kecil dan ada kelulusan tambahan yang perlu diperoleh. Penjual yang tidak tahu syarat ini sering kehilangan pembeli di tengah jalan.
Ia berbeza mengikut negeri dan jenis kelulusan. Sebagai panduan umum, kelulusan boleh menambah satu hingga tiga bulan atau lebih kepada proses jualan.
Dapatkan semakan syarat dan anggaran harga yang realistik untuk rumah kos rendah, RMMJ atau lot Bumi anda.
10 langkah dari semakan geran hingga failkan CKHT, dengan jadual kos dan contoh kiraan hasil bersih.
Baca panduanHarga, dokumen, persembahan rumah, tapisan pembeli dan kos sebenar: 10 perkara yang menentukan jualan anda.
Baca panduanProses redemption, penalti lock-in, wang tahanan CKHT 3% dan contoh kiraan berapa tunai yang anda terima.
Baca panduan