Rumah arwah lama kosong, waris ramai dan dokumen belum selesai? VP Rumah membantu waris menilai, menyelaras dan menjual rumah pusaka dengan telus.
Ramai keluarga hanya mula bertindak apabila rumah arwah sudah bertahun-tahun kosong. Cukai tanah dan cukai pintu terus berjalan, rumah semakin rosak, dan perbincangan antara waris menjadi semakin sukar. Selalunya puncanya bukan kerana waris tidak mahu menjual, tetapi kerana tiada siapa yang tahu langkah seterusnya.
Kami membantu waris melihat gambaran penuh: nilai pasaran semasa rumah, dokumen yang diperlukan, siapa yang perlu menandatangani, dan berapa anggaran hasil bersih selepas kos. Dengan angka yang jelas, keputusan keluarga lebih mudah dibuat.
Rumah yang masih atas nama arwah tidak boleh dijual sebelum waris mendapat kuasa yang sah melalui Unit Pembahagian Pusaka, Mahkamah Tinggi atau Amanah Raya. Proses pusaka diuruskan oleh agensi dan peguam berkaitan; kami membantu dari sudut penilaian, penyelarasan dan jualan.
Dari penilaian hingga transaksi selesai, satu pihak yang menyelaras untuk semua waris.
Anggaran berdasarkan transaksi sebenar di kawasan itu, supaya semua waris bersetuju atas angka yang sama.
Setiap tawaran dan maklum balas disampaikan kepada semua waris secara telus.
Kami bantu selaraskan jadual antara peguam pusaka, peguam jual beli dan bank.
Penebusan pinjaman diuruskan daripada harga jualan semasa penyempurnaan.
Persetujuan bertulis boleh diatur tanpa semua waris hadir bersama.
Bagi waris yang mahu urusan selesai cepat, kami boleh berikan tawaran dalam 24 jam.
Tiada caj untuk penilaian dan perbincangan awal.
Ceritakan situasi rumah anda melalui borang atau WhatsApp. Semua maklumat dirahsiakan.
Pasukan VP Rumah menilai rumah dan dokumen anda, tanpa caj dan tanpa komitmen.
Anda terima tawaran dalam 24 jam. Bagi kes yang layak, urusan boleh selesai dalam 7 hari bekerja.
Belum boleh. Waris perlu mendapatkan Perintah Pembahagian, Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet terlebih dahulu. Kami terangkan saluran yang betul dan bantu selaraskan langkah seterusnya. Panduan penuh: cara jual rumah pusaka.
Waris boleh memberi persetujuan secara bertulis tanpa hadir sendiri dalam kebanyakan kes. Kami bantu satu titik hubungan supaya semua waris menerima maklumat yang sama.
Boleh. Semak dahulu sama ada pinjaman dilindungi MRTA atau MRTT. Jika tidak, baki pinjaman ditebus daripada harga jualan semasa penyempurnaan.
Ia bergantung pada status dokumen pusaka. Jika perintah atau surat kuasa sudah ada, jualan boleh bergerak dengan cepat. Jika belum, proses pusaka kecil lazimnya mengambil beberapa bulan.
Dapatkan nilai pasaran dan langkah seterusnya untuk keluarga anda. Penilaian percuma, tanpa komitmen.
Rumah masih atas nama arwah? Saluran pusaka kecil atau mahkamah, 8 langkah, dokumen dan kesan CKHT kepada waris.
Baca panduanProses redemption, penalti lock-in, wang tahanan CKHT 3% dan contoh kiraan berapa tunai yang anda terima.
Baca panduan10 langkah dari semakan geran hingga failkan CKHT, dengan jadual kos dan contoh kiraan hasil bersih.
Baca panduan